Pembuatan
Satu tempat yang teratur dan selamat untuk menyelesaikan kerja dengan cepat
Dengan Dropbox, pasukan kejuruteraan dan reka bentuk boleh menyimpan, menghantar, dan berkongsi fail reka bentuk dan data ujian yang besar, mengurus proses semakan yang kompleks, dan bekerjasama dengan pasukan, pelanggan, dan rakan niaga dari mana-mana sahaja.
Satu sumber tulen untuk pengeluar
Pastikan semua orang—pelanggan, vendor, pembekal, dan rakan kongsi saluran—sedia maklum, teratur dan menepati tarikh akhir.
Pastikan projek reka bentuk dan kejuruteraan yang besar teratur dan mengikut tempoh yang ditetapkan
Simpan semua fail projek anda—daripada data ujian dan fail reka bentuk hinggalah kepada spesifikasi projek—dan fail pentadbir—seperti kontrak, invois, dan video latihan— semuanya di satu tempat. Dropbox akan menyelaraskan semua fail tersebut di semua peranti anda, jadi segala-galanya tersedia, dan semua orang sedang menggunakan versi terkini.
Kurangkan masa pemasaran dengan e-Tandatangan
Perkemaskan perjanjian penting dan tidak perlu menggunakan kertas untuk membuat kontrak, invois, NDA, dan lembar masa anda. Tambah e-Tandatangan yang sah di sisi undang-undang pada dokumen anda, cipta borang templat, dan minta tandatangan tanpa perlu meninggalkan akaun Dropbox anda.
“Dropbox untuk pasukan membolehkan kami berkongsi maklumat yang relevan dan terkini dengan pembekal, kontraktor, dan sesiapa sahaja yang terlibat dalam sesuatu projek. Jika kami membuat perubahan terhadap fail, semua orang akan tahu mengenai perubahan tersebut. Hidup kami menjadi lebih mudah dengan adanya proses yang lancar ini.”
Adrian DiTontoPengurus Operasi Runcit Nasional, Unilever Australia Ben & Jerry’sLihat perkara yang boleh dilakukan oleh Dropbox untuk pasukan pembuatan anda
Dengan alat simpanan, perkongsian, dan kerjasama yang selamat, Dropbox akan membawa anda daripada proses prapenghasilan hinggalah kepada pascapenghasilan dengan lebih pantas.