Pastikan segala-galanya dalam perusahaan anda selamat sepanjang masa
Tingkatkan keselamatan data digital di seluruh operasi anda dengan pengurusan mobiliti perusahaan (EMM) Dropbox. Yakinlah bahawa maklumat anda selamat untuk semua pengguna perniagaan; tanpa mengira jenis peranti mudah alih yang mereka gunakan atau situasi mahupun tempat kerja di mana EMM digunakan.
Lindungi dan pantau semua peranti mudah alih anda
Dropbox bekerjasama dengan penyelesaian EMM pihak ketiga untuk menyediakan kawalan yang lebih meluas apabila pengguna akhir Dropbox Enterprise menggunakan apl mudah alih Dropbox. Dengan alat pengurusan apl mudah alih, anda boleh melindungi data perniagaan dengan kawalan akses hapus yang boleh mengawal dan menyekat penggunaan peranti yang diuruskan.
Kebolehlihatan yang lebih baik dengan pengurusan peranti mudah alih
Tidak kiralah sama ada peranti itu disediakan oleh syarikat atau peranti peribadi, anda akan memiliki kebolehlihatan penggunaan apl pekerja, termasuklah simpanan yang tersedia dan lokasi akses. Alat pengurusan peranti mudah alih merupakan penyelesaian berkesan untuk ancaman keselamatan mudah alih. Jangan bimbang, dengan Dropbox, anda boleh lakukan penghapusan jarak jauh peranti yang hilang atau dicuri dengan mudah.
Uruskan penggunaan di beberapa pelantar atau peranti dengan mudah
Kawal penggunaan dalam masa nyata
Semasa pelaksanaan EMM, lebih membantu untuk anda mengetahui orang yang mempunyai sesi aktif dengan pelantar Dropbox EMM atau apl mudah alih yang biasa.
Uruskan pelaksanaan dengan mudah
Lihat bagaimana peralihan akan membantu anda menentukan waktu untuk menjadikan alat EMM diwajibkan, berbanding dengan ia hanya sekadar pilihan.
Dapatkan statistik daripada laporan penggunaan
Perkasakan diri dengan data untuk lebih memahami pengalaman pengguna dan penggunaan apl mudah alih di seluruh syarikat anda.
Asingkan data perniagaan, peribadi dan perusahaan anda
Apabila anda bersambung dengan akaun Dropbox, pentadbir anda tidak memiliki kebolehlihatan automatik terhadap mana-mana data dalam akaun Dropbox peribadi anda. Walaupun peranti peribadi anda diuruskan oleh syarikat, anda masih boleh menggunakan akaun Dropbox peribadi anda tanpa memberikan akses kepada pentadbir. Pastikan anda bertanya kepada pentadbir anda tentang dasar keselamatan berkenaan dengan memasukkan data peribadi dalam peranti yang diuruskan syarikat.
EMM melindungi keselamatan data merentasi semua peranti
Harap maklum: Bukan semua kandungan tersedia dalam semua bahasa