Cara Binladin Contracting Group memperkemas usahasama dan kelulusan menggunakan Dropbox & Dropbox Sign
Ketahui cara BCG mentransformasikan pengurusan projek pembinaan mereka menggunakan Dropbox dan Dropbox Sign, meningkatkan usahasama dan mengurangkan masa kelulusan daripada berbilang hari kepada beberapa minit sahaja.
Produk yang digunakan
Dropbox, Dropbox Sign
Industri
Pembinaan
Saiz
1000+
Lokasi
Dubai, Emiriah Arab Bersatu
“Pemerolehan perkakasan IT mengambil masa sekurang-kurangnya dua hari sebelum ini. Kini, Dropbox Sign menjimatkan banyak masa. Kami telah mengurangkan proses kelulusan pemerolehan hingga 30 minit.”
Salem BajabaPengurus Teknologi Maklumat dan Komunikasi di Binladin Contracting Group (BCG)Memperbaiki pembinaan melalui usahasama
Binladin Contracting Group (BCG) mempunyai sejarah yang penuh dengan projek pembinaan perintis di Emiriah Arab Bersatu. Projek besar pertama syarikat ini pada tahun 1968—sebuah tambak sepanjang 120 km—telah meningkatkan ketersambungan di kawasan utara Emiriah Arab Bersatu. Selaku pemimpin dalam industri pembinaan, BCG telah berusaha menemukan cara untuk meningkatkan usahasama merentasi projek mereka yang terletak di pelbagai lokasi geografi.
“Untuk menetapkan dasar yang sesuai dan mematuhi pentadbiran, kami perlu memilih perisian yang sesuai,” kata Salem Bajaba, Pengurus Teknologi Maklumat dan Komunikasi di Binladin Contracting Group (BCG). BCG memilih Dropbox dan Dropbox Sign untuk memperkemas proses dan meningkatkan usahasama antara arkitek, jurutera, kontraktor dan pembekal. Dropbox membolehkan penyelarasan fail yang lancar merentasi peranti, yang membolehkan berbilang pengguna bekerjasama. “Pekerja yang bekerja dari jauh serta pasukan yang bekerja di lokasi lain bergantung pada Dropbox untuk usahasama yang selamat antara satu sama lain,” kata Bajaba. Kadar penerimagunaan yang tinggi di seluruh BCG telah menyebabkan orang menambahkan banyak dokumen baharu ke simpanan Dropbox, meningkat daripada 26 terabait pada permulaan hingga hampir 60 terabait. Melalui langkah ini, BCG telah mengurangkan kos sambil meningkatkan pematuhan terhadap pentadbiran tempatan.
Penerimagunaan Dropbox Sign oleh BCG juga merevolusikan aliran kerja kelulusan dokumen. Proses yang mengambil masa berhari-hari kini hanya memerlukan masa 30 minit, yang mempercepat garis masa projek. Bajaba berkata, “Contohnya, pemerolehan perkakasan IT mengambil masa sekurang-kurangnya dua hari sebelum ini. Kini, Dropbox Sign menjimatkan banyak masa. Kami telah mengurangkan proses kelulusan pemerolehan hingga 30 minit.”
“Dengan Dropbox, proses kami berjalan jauh lebih pantas. Baik pada telefon pintar, tablet mahupun komputer riba, kami dapat mengakses mana-mana dokumen dengan selamat dan menangani apa-apa sahaja situasi yang dihadapi.”