Seorang artis mengembangkan kerjasamanya untuk merealisasikan projek
Sama ada berkongsi prosesnya dengan klien atau bekerjasama dengan pekerja kreatif lain, Dropbox membantu artis visual dan pereka bentuk Brian Madden mencipta, mendokumenkan dan memasarkan karyanya.
”Reka bentuk dan seni adalah tentang komunikasi. Dropbox ialah alat yang hebat kerana Dropbox memudahkan proses penyampaian fail, idea dan kisah anda kepada orang lain.”
Produk yang digunakan
Dropbox, Replay
Industri
Media & Hiburan
Saiz
1
Lokasi
San Francisco, CA
Cabaran: Cara menyampaikan kisah di sebalik seni
Sejak dahulu lagi, Brian Madden merupakan seorang pencipta dan kerjanya sering melibatkan komunikasi dengan orang lain. Bermula sebagai pereka bentuk industri hingga kini sebagai pelukis dan pereka bentuk komersial, Madden membincangkan visinya dengan ramai pihak berkepentingan melalui beberapa cara, termasuk media sosial dan surat beritanya.
Biasanya, Madden berkongsi berpuluh-puluh fail bersaiz besar pada pelbagai peringkat proses artistik, merangkumi lakaran awal, penerapan digital, foto dan video yang merakamkan kaedah dan teknik tertentu. “Saya telah lama menggunakan Dropbox untuk menyimpan imej dan video bagi mendokumenkan kerja saya,” kata Madden. “Saya menggunakan folder sebagai satu cara untuk memudahkan rakan niaga penciptaan kandungan, editor video dan juruvideo mengakses sejumlah video, foto dan kandungan lain dengan jelas dan mencipta suntingan mereka.”
Untuk meraikan piala marmar berdaun emas dan pembungkusan tersuai yang dicipta untuk, contohnya Anugerah EA Madden NFL 23: 99 Club, artis ini (tiada hubungan dengan Jurulatih John Madden) bekerjasama dengan jurugambar, dan mereka menggunakan Dropbox sebagai bilik suntingan mereka. “Saya berusaha keras dalam pengalaman anugerah untuk pemain NFL ini, meraikan mereka dan mengangkat martabat permainan melalui seni kreatif,” kata Madden.
Persatuan Pemain NFL (NFLPA) terkesan dengan hasil kerjanya, kemudian meminta Madden untuk mereka bentuk 31 buah piala bagi Anugerah All-Pro Pemain mereka. Peluang ini membuka ruang untuk Brian mencipta sesuatu yang baharu. Seperti yang sering dilakukan dalam projek terdahulu, Brian ingin menggabungkan video. Walau bagaimanapun, kali ini dia memerlukan cara yang lebih mudah untuk mengurus proses dan cara yang lebih baik dan pantas untuk bekerjasama dan memberikan maklum balas tentang rakaman itu.
“Sejak sekian lama, Dropbox merupakan pilihan yang lebih baik untuk berkongsi visual, kerana Dropbox mudah untuk disesuaikan mengikut skala dan sangat sesuai untuk pekerja kreatif membuat penyelarasan, bukan sekadar perkongsian fail.”
Penyelesaian: Proses yang lebih diperkemas untuk projek baru
Sebelum ini, Madden menggunakan Google Drive atau WeTransfer untuk mengalihkan fail, tetapi alat ini mempunyai kekangan dari segi penyuntingan. “Sejak sekian lama, Dropbox merupakan pilihan yang lebih baik untuk berkongsi visual, kerana Dropbox mudah untuk disesuaikan mengikut skala dan sangat sesuai untuk pekerja kreatif membuat penyelarasan, bukan sekadar perkongsian fail,” katanya.
Bagi Anugerah All-Pro Pemain NFLPA, Madden memperkenalkan alat baharu dalam aliran kerja Dropboxnya: Replay. Madden mahu bekerjasama dengan juruvideo untuk mencipta pandangan di sebalik tabir projek, bermula daripada pembentukan idea hinggalah pemain menerima anugerah mereka. Juruvideo mendapatkan bahan sumber daripada folder Dropbox projek, kemudian membentangkan versi terkini video dalam Replay untuk disemak oleh Madden.
Replay memudahkan proses maklum balas, kerana Madden boleh menyemak butiran audio, visual dan peralihan, serta memberikan komen dan anotasi dengan cap masa dalam pemain video. Kaedah ini jauh lebih mudah dan jelas berbanding kaedah lama, yang melibatkan penulisan nota dalam Google Doc yang berasingan. “Dalam dunia pemasaran, masa amat penting,” kata Madden. “Penjimatan masa ialah bahagian terpenting dalam Replay. Keupayaan untuk melalui setiap detik dan memberikan maklum balas yang jelas dan khusus adalah sangat penting.”
Hasil: Peningkatan keterlihatan menghasilkan lebih banyak peluang
Walaupun video itu ialah inisiatif Madden, NFLPA begitu tertarik dan ingin berkongsi video itu. Penceritaan kisah di sebalik anugerah, dan sebab reka bentuk Madden mendapat perhatian para pemain, menjadi alat yang tidak dijangka bagi NFLPA untuk menonjolkan kisah pemain dan menjalin hubungan yang lebih erat dengan peminat.
“Klien selalunya tidak dapat gambaran tentang kerja untuk merealisasikan projek ini,” kata Madden. Dengan berkongsi imej dan video melalui Dropbox, klien mendapat gambaran tentang prosesnya, menyediakan jangkaan untuk hasil kerja itu dan membantu dirinya memasarkan diri sebagai seorang artis.
Madden telah belajar sepanjang kerjayanya bahawa setiap projek membawa kepada projek yang seterusnya, kadangkala melalui cara yang tidak dijangka. “Anda tidak tahu perkara yang akan anda dapat daripada setiap projek, tetapi saya boleh mengimbas kembali kerjaya saya dan melihat dalam setiap langkah, Dropbox terlibat dengan berkongsi kisah kerja saya,” katanya.
“Reka bentuk dan seni adalah tentang komunikasi,” Madden membuat kesimpulan. “Dropbox ialah alat yang hebat kerana Dropbox memudahkan proses penyampaian fail, idea dan kisah anda kepada orang lain.” Dengan memudahkan proses itu, Replay membolehkan artis dan pereka bentuk untuk memberikan tumpuan pada kerja hebat mereka yang seterusnya.
“Anda tidak tahu perkara yang akan anda dapat daripada setiap projek, tetapi saya boleh mengimbas kembali kerjaya saya dan melihat dalam setiap langkah, Dropbox terlibat dengan berkongsi kisah kerja saya.”
Brian MaddenArtis dan pereka bentuk