Cara firma hartanah digital menggunakan ruang kerja pintar untuk kekal tangkas
Exporo ialah penyedia pelaburan hartanah digital terkemuka Jerman, membolehkan individu untuk memperoleh saham dalam projek hartanah. Walaupun syarikat lain bergelut untuk menyesuaikan diri dengan pergerakan kerja jarak jauh, Exporo telah menggunakan alatan Dropbox seperti Sign dan Paper untuk menjadi lebih kukuh berbanding sebelumnya
“Dropbox ialah pusat kebenaran tunggal kami apabila berkaitan dengan dokumen korporat kami. Daripada bahan pemasaran kepada invois sehinggalah sandaran data individu untuk semua pekerja kami, semuanya disimpan secara berpusat dalam Dropbox.”
Produk yang digunakan
Dropbox Sign, Dropbox
Industri
Perkhidmatan Profesional
Saiz
2-249
Lokasi
Hamburg, Germany
Exporo ialah pasaran dalam talian secara percuma dan mudah digunakan yang membenarkan pelabur persendirian untuk membuat pelaburan sebarang saiz dalam projek hartanah. Sebelum memulakan pelantar mereka, syarikat hartanah bergantung kepada bank untuk mendapatkan pinjaman atau pelabur bermodal besar bagi menjalankan projek mereka. Hari ini, Exporo telah berkembang dengan lebih daripada 200 orang pekerja di seluruh dunia.
Merancang untuk pertumbuhan yang pesat, Exporo telah membina model perniagaan digital dengan aliran kerja digital tangkas yang akan berkembang bersama syarikat. Mereka percaya bahawa perniagaan yang ingin bertindak balas dengan pantas dan fleksibel perlu menyediakan proses mereka sewajarnya. Itulah sebab model bekerja yang fleksibel, waktu kerja tidak selaras dan kepercayaan terhadap ahli pasukan mereka adalah sebahagian daripada nilai asas syarikat—kerja pasukan mereka adalah lebih penting berbanding tempat atau cara kerja dilakukan. Exporo menggunakan alatan kerjasama berasaskan awan Dropbox untuk mengumpulkan semua pihak berkepentingan dan memastikan kejayaan syarikat.
“Ruang kerja yang optimum memudahkan dan meningkatkan kerjasama dengan rakan sekerja, bukan merumitkan ia, seperti yang berlaku pada kebanyakan penyelesaian di pasaran.”
Memautkan semua pihak berkepentingan dalaman dan luaran pada satu pelantar
Memandangkan Exporo mempunyai ahli pasukan dan rakan niaga pihak ketiga di seluruh dunia, mereka memerlukan cara untuk berkomunikasi dan mencipta dari jarak jauh. Dropbox membenarkan kerjasama yang lancar dalam kalangan ahli pasukan dalaman dan rakan niaga luaran mereka. Folder kongsian membolehkan pekerja untuk menyediakan tempat yang mereka boleh mengatur elemen kerja harian mereka. Kemudian dengan Paper, mereka boleh bekerja secara intuitif pada pelbagai tugas—daripada lakaran pantas kepada pelan projek yang mendalam. Selain itu, Paper membenarkan ahli pasukan berkumpul dalam masa nyata atau secara tidak selaras untuk bekerjasama pada dokumen interaktif.
Menggunakan Dropbox telah membolehkan pasukan Exporo mengelakkan cabaran perniagaan yang tipikal dari awal. Contohnya, sesuatu yang sebegitu biasa seperti bertukar kepada perkakasan baharu boleh menjadi rumit tanpa sengaja dan data boleh hilang. Memandangkan semua fail sentiasa tersedia dan boleh dijejaki dalam awan, Exporo boleh mengurus semua perkara secara berpusat. "Terima kasih kepada ciri-ciri yang direka bentuk dengan sangat baik seperti sejarah versi, banyak 'nyawa data' yang telah diselamatkan di Exporo," kata Simon Brunke, Ketua Pegawai Eksekutif Exporo.
Sebuah tempat kerja pintar untuk mengatasi cabaran biasa dan luar biasa
Selain itu, dalam dunia hartanah, banyak dokumen memerlukan tandatangan yang sah di sisi undang-undang dan apabila berurusan dengan kertas, mendapatkan tandatangan boleh melambatkan proses. Menyedari keperluan untuk aliran kerja yang lebih cekap dan berkesan, mereka tahu bahawa mereka perlu menambah penyelesaian eTandatangan. Memandangkan Exporo sudah bergantung pada Dropbox dari awal lagi dengan model perniagaan digital dan aliran kerja digital sepenuhnya, menambah Dropbox Sign adalah keputusan yang mudah.
Menggunakan Dropbox Sign membenarkan Exporo berkongsi dokumen digital dengan mudah. Jadi, mendapatkan tandatangan daripada seseorang yang berada jauh di pelosok dunia hanya memerlukan beberapa klik sahaja. Kini, daripada mempunyai banyak folder tandatangan dengan perjanjian dan kontrak daripada jabatan kakitangan atau jabatan perakaunan di atas mejanya, Brunke boleh menguruskan semua dokumennya dengan dua atau tiga klik. Ini sangat memudahkan pentadbiran dan organisasi perniagaan. “Potensi untuk dipautkan dengan lancar dengan alatan lain, dilihat dari segi kerja operasi pada masa kini menentukan sama ada permohonan menang atau kalah”, ringkas Brunke.
Bagi kebanyakan syarikat, peralihan mengejut untuk bekerja dari rumah merupakan satu cabaran yang besar. Tetapi bukan untuk Exporo. Sebaliknya, mereka boleh menyokong model kerja teragih dengan mudah apabila cara kerja itu diperlukan kerana proses tersebut telah tersedia. Mulai sekarang, membenarkan pekerja untuk terus bekerja dari rumah adalah mudah kerana Dropbox membolehkan mereka menyimpan dan mengakses segalanya, di mana-mana jua, pada bila-bila masa.
“Lebih cepat anda mula menggunakan Dropbox Sign, lebih cepat anda dapat melihat faedah alat tersebut. Anda akan terkejut dengan perkara yang anda boleh capai.”
Sören KrügerPegawai Keselamatan IT di Exporo