Pengajaran daripada kehidupan kerja dari mana-mana sahaja
Apabila mereka tidak mengembara di dunia untuk menghasilkan projek filem dan fotografi, pasangan yang kreatif ini tinggal dan bekerja di pedalaman hutan Kanada. Teknologi membolehkan Angela Hartwick dan suaminya Daryl Visscher untuk mencipta dan bekerjasama secara lancar daripada pelosok dunia mereka tersendiri.
”Dropbox ialah salah satu alat yang membolehkan kami mencipta ibu pejabat di kawasan terpencil.”
Angela HartwickPenulis dan Pengarah, Hartwick CreativeProduk yang digunakan
Dropbox
Industri
Perkhidmatan profesional
Saiz
2-249
Lokasi
British Columbia, Kanada
Latar belakang
Mewujudkan perasaan berada di rumah diperlukan semasa menjalani gaya hidup nomad digital. Bagi pengasas Hartwick Creative, perasaan ini dicipta dengan membawa sedikit suasana biasa di rumah ke mana-mana sahaja mereka pergi. Penulis dan pengarah, Angela Hartwick serta suaminya yang merupakan seorang jurugambar, Daryl Visscher mengembara dengan membawa komputer riba, peralatan kamera digital mereka dan pelbagai tekstil yang menjadikan mana-mana ruang kerja berasa lebih memberikan inspirasi. “Tanpa mengira di mana saja kami berada, kami sentiasa membawa kaftan atau sehelai kain yang cantik dan boleh dijadikan sebagai pelindung matahari atau alas tempat duduk,” ujar Angela. “Kami mencipta ruang yang diperlukan, di tempat yang kami perlukan.”
Hasil gambar dan video mereka termasuklah kempen dan kerjasama berjenama, pustaka imej, dokumentari dan inisiatif pendidikan bagi beberapa jenama terkemuka di dunia seperti Volkswagen, Lufthansa, MTV, Marriott Hotels dan General Electric. Setelah menetap di Eropah dan Asia bertahun-tahun lamanya, kini, Angela dan Daryl tinggal dalam kabin terpencil di hutan Kanada apabila mereka tidak mengembara atau membuat penggambaran.
Kehidupan boleh jadi dalam perjalanan atau di rumah
Mereka membina rumah dan ibu pejabat di ladang ternak di British Columbia, yang mempunyai pasar raya paling hampir dengan jarak tiga jam perjalanan dan tenaga elektrik dibekalkan melalui enam panel suria dan lapan bateri. Angela dan Darryl berhubung dengan klien mereka melalui Internet jalur lebar berkelajuan tinggi yang disampaikan melalui menara di puncak gunung dan pengulang yang menggunakan tenaga angin dan suria.
Pada teras kerja kreatif mereka, Dropbox memastikan projek mereka diperkemas, teratur dan boleh diakses dari mana-mana sahaja. “Teknologi digital adalah sebahagian besar daripada kerja dan kehidupan kami,” ujar Angela. “Kebolehan untuk mengalihkan fail — imej, video atau apa-apa fail yang kami usahakan — sangat penting kepada kerja yang kami lakukan. Saya boleh memperhalusi dan mengatur semua aset, idea dan rujukan saya sebelum berkongsi projek dengan klien serta pada masa yang sama, memaklumkan kepada mereka. Dropbox ialah alat yang sangat diperlukan.”
Penugasan atau RFP sering timbul semasa Angela dan Daryl berada di luar negara untuk mendapatkan projek lain. “Kami sering bergurau bahawa kami cuma perlu mendapatkan kerja di Timur untuk terbang ke Barat atau sebaliknya,” seloroh Angela. “Apabila hal sebegitu berlaku, kami akan menyewa Airbnb atau mendaftar masuk ke hotel dan bekerja bagi hari-hari yang perlu kami memberikan tumpuan kepada projek. Kami buat semua itu dalam talian, daripada menempah tempat kepada menyelidik sehinggalah membentangkan penyelesaian kepada klien kami. Kami benar-benar menyepadukan mobiliti dalam cara kami bekerja.”
“Teknologi digital adalah sebahagian besar daripada kerja dan kehidupan kami. Kebolehan untuk mengalihkan fail — imej, video atau apa-apa fail yang kami usahakan — sangat penting kepada kerja yang kami lakukan. Saya boleh memperhalusi dan mengatur semua aset, idea dan rujukan saya sebelum berkongsi projek dengan klien serta pada masa yang sama, memaklumkan kepada mereka. Dropbox ialah alat yang sangat diperlukan.”
Angela HartwickPenulis dan Pengarah, Hartwick CreativePengajaran Angela untuk menjadikan kehidupan bekerja dari mana-mana sahaja berfungsi dengan lebih baik
Jadikan tempat anda berada sekarang bagaikan rumah.
"Kembara tanpa banyak barang, dengan barang yang mempunyai pelbagai kegunaan. Tekstil adalah ringan dan boleh digunakan dengan pelbagai cara — sebagai skaf pada hari yang sejuk, selimut pantai atau lapik meja. Kain yang kecil itu ada banyak kegunaannya."
Himpunkan kerja anda supaya anda boleh bekerja di mana-mana sahaja.
“Cipta titik pusat dalam talian untuk menyimpan semua kerja anda. Bagi kami, laman web kami — biodata kami menjelaskan cara kami bekerja, kami sentiasa mengemas kini laman web dengan projek baru, mencipta halaman bahagian belakang untuk pembentangan klien dan pautan ke akaun media sosial kami pada halaman hubungan. Dengan cara itu, persembahan kerja kami adalah konsisten, tanpa mengira di mana-mana saja kami berada."
Kemapanan boleh membawa maksud pertumbuhan yang berterusan.
"Bagi kami, kemapanan dari segi alam sekitar dan kewangan adalah teras bagi semua pilihan kami. Saya rasa ini telah membantu menghasilkan kestabilan dalam gaya hidup yang sangat fleksibel. Kesederhanaan memberi anda kebebasan yang tidak boleh dipandang remeh."
Libatkan klien dalam perkembangan kerja anda.
"Hampir setiap projek yang kami usahakan terhasil daripada sesuatu yang kami tulis atau melibatkan kami dari awal konsep, maka apabila tiba masa untuk melaksanakannya, kami telah mengelilingi dunia dan kembali. Secara umumnya, klien kami sejajar dengan pandangan dunia kami dan menghargai konteks yang kami bawa dalam projek mereka."
Manfaatkan masa anda.
"Bagi projek dengan tempoh lebih lama, seringkali kami mempersiapkan diri dalam zon masa yang membuatkan kami terus maju ke hadapan. Misalnya, klien semasa kami berpangkalan di New York, maka kami melakukan pasca penerbitan di Barcelona agar kami dapat mendahului enam jam lebih awal. Saya ada sepanjang hari untuk mengerjakan projek tersebut dan klien saya masih boleh menerima kemas kini, soalan dan versi semasa waktu bekerja. Ini menjadikan putaran masa bagi maklum balas lebih berkesan."
Cari keseimbangan anda.
"Saya sedar bahawa kami mempunyai keseimbangan kerja dan kehidupan yang jarang dialami. Saya dan Daryl memilih untuk hidup mengikut gerak hati kami. Kami membina rumah sendiri di dalam hutan dan mengembara bila-bila masa dan di mana-mana jua yang menyeru nama kami. Kami tidak mematuhi apa-apa, kami cuma berkarya sebagai gambaran akan perkara yang kami perlukan buat masa ini."
Pengembaraan dan teknologi adalah saling berkaitan.
"Kerja dan gaya hidup kami telah bergabung dan membawa kami ke hampir setiap benua. Teknologi baharu dan membangun telah menyediakan alat untuk inovasi dan imaginasi. Apabila teknologi meluaskan jangkauannya, dunia menyaksikan pertumbuhan perdagangan, idea dan budaya antarabangsa yang sangat pesat. Kita lebih berhubung berbanding sebelum ini. Keluarlah dan cari jalan anda!"