Memahami sentimen pelabur dalam pasaran yang sengit
"DocSend sememangnya bersiap sedia dan bergerak dengan rentak perniagaan zaman sekarang: Pasangkannya dan mula mengalihkan aset anda dengan cara yang selamat."
Produk yang digunakan
DocSend, Dropbox
Industri
Pembuatan
Saiz
2-249
Lokasi
San Diego, CA
Cabaran: Berkongsi aset dengan orang yang betul—dan hanya dengan orang yang betul
Misi Kove adalah ringkas: untuk menjadi sebuah syarikat minuman hebat yang bertapak di San Diego. Pengasas syarikat, Alex Montelbano dan Chris Clark mempunyai pengalaman untuk menaikkan jenama, tetapi persaingan dalam pasaran minuman adalah sengit. Kove perlu dilengkapi dengan modal yang besar supaya dapat bersaing dengan jenama global untuk berada di rak pasaran.
Kove menggunakan Dropbox untuk simpanan merentas seluruh organisasi mereka—segala dokumen daripada borang vendor sehinggalah dokumen undang-undang mempunyai tempatnya sendiri. Tetapi berkongsi ringkasan rancangan perniagaan dengan pelabur merupakan cabaran yang unik. Montelbano dan Clark terlibat dalam beratus-ratus perbualan pada setiap masa, dan oleh sebab fail PDF ringkasan rancangan perniagaan mereka adalah mudah untuk dikongsi, maklumat itu mungkin jatuh ke dalam tangan yang salah dengan mudah.
Pesaing Kove mendapatkan modal daripada kumpulan pelabur yang sama, jadi akses kepada unjuran kewangan dan statistik industri Kove akan mengurangkan kelebihan persaingan syarikat itu. Kove perlu mempunyai cara untuk berkongsi ringkasan rancangan perniagaan ini yang akan melindungi harta intelek (IP) mereka.
"Kami ingin melindungi setiap kelebihan yang kami ada. Jika aset kami jatuh ke dalam tangan pesaing, mereka akan memiliki kelebihan yang sama."
Penyelesaian: Perkongsian yang selamat, dengan kelajuan seperti perniagaan
Clark merupakan "peminat setia" Dropbox selama bertahun-tahun, jadi dia dan Montelbano menggunakan platform tersebut untuk mengatur perniagaan Kove dari mula. Dia menemui pasukan Dropbox di Natural Products Expo West, dan menerangkan masalah mereka tentang melindungi IP mereka. Dropbox mencadangkan mereka mencuba bilik data maya (VDR) DocSend.
Industri minuman bersaing sengit, dan kebanyakan IP Kove melibatkan statistik industri yang mengambil masa yang lama dan usaha yang banyak untuk dihimpunkan. Katakan mereka mahu menyelidik tentang pelaburan syarikat modal usaha niaga dalam jenama pesaing. Mereka mengumpulkan, menghimpunkan dan meletakkan data tersebut dalam hamparan supaya mereka boleh menunjukkan kedudukan Kove dalam matriks portfolio pelaburan dalam rangkaian pelabur yang besar itu. "Jika kami mendedahkan maklumat tersebut ke luar, maka pesaing kami akan mendapatkan dan menggunakan data itu," kata Clark. "Maklumat itu perlu disimpan dengan selamat dan rapi."
Bilik data maya menawarkan cara untuk melindungi dan menjamin keselamatan penyata kewangan dan IP berkaitan industri Kove sambil membolehkan pihak yang berkenaan mendapat akses kepada dokumen tersebut. Mereka juga gembira apabila mendapati DocSend juga membolehkan mereka menjejak apabila seseorang membuka fail itu. "Ciri itu mengejutkan kami. Kami berkata, ciri ini benar-benar menjadikan maklumat itu yang berharga," kata Clark.
Berbanding dengan kaedah penghantaran ringkasan rancangan perniagaan melalui PDF yang tidak selamat, VDR DocSend mengehadkan orang yang boleh mengakses fail kepada orang yang mempunyai e-mel yang diluluskan sahaja. Penyelesaian ini juga memberikan makluman masa nyata melalui pemberitahuan tolak dan e-mel supaya Kove boleh melihat interaksi pelihat dengan dokumen berkenaan.
Ciri ini menyelesaikan satu lagi masalah Kove: pelabur mengatakan bahawa mereka telah membaca pakej tetapi tidak tahu banyak tentang perniagaan semasa mesyuarat awal. Dengan DocSend, "kami boleh bersedia untuk perbincangan tersebut dengan lebih banyak persediaan," kata Clark.
Mereka pernah mempertimbangkan penyelesaian lain, tetapi harga dan kemudahan pelaksanaan DocSend menjadikannya pilihan tepat. "Kami tidak perlu berfikir lama," kata Clark. Mereka mengguna pakai DocSend dalam masa kurang daripada 48 jam.
Hasilnya: Statistik penerima menjadi kelebihan yang baru
Dengan menggunakan VDR DocSend, Kove telah mencipta aliran untuk perbincangan dengan pelabur. Apabila berundung dengan pelabur yang berpotensi, Montelbano dan Clark tahu pelabur yang telah melihat ringkasan mereka dan masa yang mereka luangkan pada setiap slaid. Maklumat ini membolehkan mereka untuk menyesuaikan pembentangan mereka dengan lebih baik mengikut setiap pelabur individu.
"Pihak berkepentingan yang berlainan mempunyai bahagian minat yang berbeza," kata Clark. "Kami dapat mengambil data tersebut dan menyusun slaid untuk mengoptimumkan pandangan mereka ke tempat yang kami mahu mereka lihat. Atau jika pelabur mempunyai banyak soalan dan kami tahu soalan mereka akan terjawab dalam ringkasan tetapi mereka tidak membaca slaid tersebut, data tersebut adalah sangat berguna untuk kami. Kami boleh mengubah kedudukan dan menyasarkan semula dengan cara baru."
Apabila berbual dalam telefon dengan pelabur yang berpotensi, pasukan boleh bersama-sama membuka ringkasan bersama pelabur dan melihat bahagian yang banyak diluangkan masa oleh pelabur tersebut. Mereka juga boleh menghalakan semula perbualan dalam masa nyata berdasarkan maklumat tersebut.
"Statistik adalah hebat tetapi statistik masa nyata boleh menjadi sangat berguna dan merupakan bahagian yang sangat penting untuk kami," kata Clark.
Kitaran pelaburan adalah lama dan boleh menjadi lebih lama apabila keadaan ekonomi tidak menentu. Berupaya untuk mengemas kini perwakilan pelabur adalah penting dalam proses ini, dan dengan setiap kemas kini, Clark dan Montelbano boleh melihat pelabur menjejak perkembangan mereka. Dan DocSend memberi pasukan Kove keyakinan bahawa mereka sedang berkongsi dokumen dengan selamat.
"Jika anda mahu rasa aset sulit anda dalam kawalan, saya akan mengesyorkan DocSend," kata Clark.
Buktinya ialah kejayaan Kove: Walaupun tahun ini adalah mencabar untuk mendapatkan modal, Kove telah mengumumkan pelabur utamanya, dengan lebih banyak pelabur dijangka mengikut selepas itu. Rancangan pengembangan Kove termasuk kerjasama dengan stadium San Diego, yang akan memerlukan semakan kontrak yang banyak. Mereka juga akan menggunakan aset VDR DocSend dalam proses tersebut. Adalah penting untuk dapat membantu Kove mendapatkan rakan niaga yang tepat dan mencipta ruang untuk jenama mereka dalam pasaran yang tepu.
"Statistik adalah paling penting. Statistik membantu kami bersedia untuk berunding dengan cara yang termaklum, mengenali orang yang kami bakal berurusan dan perkara yang diminatinya."
Chris ClarkKetua Jenama, Kove