Sleepless Media mengoptimumkan cadangan dan aset kreatif
Agensi reka bentuk dan penjenamaan web perkhidmatan lengkap ini memerlukan cara untuk menjejak dan menyusun kertas cadangan klien, perjanjian perkhidmatan induk dan lakaran reka bentuk mereka.
Mereka menemui penyelesaian intuitif dengan DocSend dan Dropbox.
“DocSend menunjukkan kepada kami dengan tepat bakal klien yang terlibat dengan cadangan dan berminat untuk bekerja dengan kami. Saya suka cara pemberitahuan e-mel memaklumkan saya apabila seseorang menyemak usul dalam masa nyata, yang membantu saya mengutamakan susulan strategik dan statistik tentang sebarang potensi soalan”.
Sleepless Media ialah agensi reka bentuk dan pembangunan web perkhidmatan lengkap yang menyediakan pengalaman jenama inovatif yang terkhusus dalam tapak web yang tersuai dan responsif. Membangunkan aset kreatif untuk pangkalan klien yang besar termasuk Levi Strauss, Lenny & Larry's dan Breeo, Sleepless Media bergantung pada Dropbox dan DocSend untuk berkongsi kertas cadangan projek dan fail kreatif dengan bakal klien secara selamat.
Cabaran
Sebelum DocSend, Jon Cattivera, Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengarah Kreatif, akan menghantar cadangan perkongsian dan fail kreatif kepada klien sebagai lampiran e-mel. Apabila senarai klien berkembang, Jon memerlukan penyelesaian yang lebih berskala untuk mengawal proses cadangan dengan lebih baik. Selain itu, dia memerlukan pelantar yang lebih mantap yang membenarkannya menyesuaikan dan mengatur elemen reka bentuk.
Sebagai seorang profesional kreatif yang menguruskan firma reka bentuk dan pembangunan web yang memenuhi keperluan syarikat berjenama global terkemuka, Jon memegang pelbagai tanggungjawab untuk menyediakan perkhidmatan pelanggan yang terbaik. Membuat susulan pada masa yang tepat dengan bakal klien adalah penting, terutamanya apabila ingin mendapatkan urus niaga baru. Tetapi, dengan operasi dalam tempoh masa yang terhad, Jon mesti berhati-hati dan membuat pertimbangan apabila berkongsi kertas cadangan projek dan menyemak dokumen perihalan kerja daripada bakal klien. Sebelum ini, Jon tidak mempunyai maklumat sama ada bakal klien sudah melihat kertas cadangan yang dihantarnya. “Saya tidak tahu pihak-pihak yang berminat untuk bekerjasama dengan kami selepas perbincangan awal. Saya mahu mendapatkan gambaran yang lebih baik tentang sama ada bakal klien memang serius untuk menjadi rakan niaga dengan kami atau tidak,” kongsi Jon.
“Dengan begitu banyak klien yang berbeza, Dropbox memudahkan proses kami mencari mana-mana unsur kreatif yang mungkin kami perlukan untuk suatu projek dengan cepat. Dropbox menyimpan semua fail Sketch, fail reka bentuk yang lebih berat dan aset penjenamaan kami.”
Penyelesaian: Menyimpan, menghantar dan berkongsi fail dengan selamat dan cekap
Jon beralih kepada DocSend untuk menghantar dan menjejak kertas cadangan jualan dengan selamat kepada bakal klien manakala menggunakan Dropbox untuk berkongsi fail kreatif.
Statistik lanjutan tentang kertas cadangan klien memendekkan kitaran jualan
Selepas mencuba percubaan percuma DocSend, Jon segera menyedari kesan penggunaan analisis dokumen DocSend. Kini, Jon mengetahui bakal klien yang benar-benar berminat untuk bekerjasama melalui kemas kini dan pemberitahuan e-mel masa nyata apabila klien melihat kertas cadangan projek. Selain itu, Jon boleh melihat sama ada individu telah memajukan failnya kepada orang yang betul di syarikat itu. Daripada menghabiskan berminggu-minggu mencari orang yang sesuai untuk dihubungi, Jon boleh mengetahui orang yang betul dan membuat susulan dengan sewajarnya. “DocSend dapat menunjukkan pembuat keputusan asas yang lain, yang telah menjimatkan masa kami yang sangat diperlukan untuk memberikan tumpuan pada perkara yang kami lakukan dengan terbaik – reka bentuk dan pembangunan kreatif yang berkualiti.”
Persembahan intuitif membina hubungan klien yang lebih kukuh
Klien berpotensi selalunya boleh melihat ke dalam berbilang agensi, jadi adalah penting bagi firma reka bentuk dan pembangunan untuk menonjol di kalangan persaingan. Jon boleh bergantung pada DocSend untuk memaparkan cadangan tersuai secara profesional, yang memberikan kelebihan unik kepada agensinya. “Saya membentangkan cadangan saya terus dalam DocSend kerana saya biasanya hanya berkongsi pelayar saya dan bukan keseluruhan skrin saya. DocSend membenarkan saya pergi dan kembali antara tapak web dan PDF saya semuanya dalam satu tetingkap, dan bukannya perlu membelek ke sana ke mari untuk mencuba dan mencari fail yang betul di luar pelayar, atau perlu berkongsi keseluruhan skrin saya.”
Melaksanakan perjanjian perkhidmatan induk dengan mudah dengan eTandatangan
Sebagai firma pembangunan reka bentuk dan kreatif yang lincah dan sedang berkembang, Sleepless Media bekerjasama dengan pelbagai klien dengan visi khusus, yang sering ditunjukkan dalam dokumen perihalan kerja. Jon sangat gembira apabila dia mengetahui bahawa dia boleh menggunakan ciri e-Tandatangan DocSend dalam perjanjian perkhidmatan induk dan dokumen perihalan kerja. “Saya menggunakan DocuSign sebelum ini, tetapi aplikasi tersebut terlalu lapuk. Saya benar-benar memerlukan cara yang ringkas untuk mengendalikan dokumen perjanjian klien,” kongsi Jon. Sebaik sahaja klien bersetuju untuk menjadi rakan niaga dengan Sleepless Media, Jon menghantar kontrak mereka untuk ditandatangani terus dalam DocSend. “Klien boleh menyemak kertas cadangan mereka dengan mudah dan melaksanakan perjanjian mereka dalam satu pengalaman produk menggunakan eTandatangan DocSend, tanpa bertukar-tukar antara perisian yang berbeza dan besar,” kongsi Jon.
Selain itu, sasaran pencapaian dan kandungan hantaran kadangkala boleh berubah untuk orang yang terlibat dalam industri kreatif. Menguruskan pesanan perubahan yang berbeza untuk senarai klien yang panjang boleh merunsingkan, tetapi Jon dapat menyusun semua dokumen perjanjian klien yang dilaksanakan dalam folder DocSend.
Menyimpan aset penjenamaan klien dan kreatif dalam Dropbox
Bekerja dengan pelbagai perniagaan memerlukan pemantauan yang lebih teliti terhadap semua fail kreatif mereka. Jon bergantung pada akaun perniagaan Dropbox untuk menyusun semua logo kliennya dan unsur reka bentuk teras. Sebaik sahaja syarikat menandatangani perjanjian untuk bekerjasama dengan Sleepless Media, Jon akan mencipta folder Dropbox yang mengandungi semua yang diperlukan olehnya untuk projek kerjasama mereka. “Dengan begitu banyak klien yang berbeza, Dropbox memudahkan proses kami mencari mana-mana unsur kreatif yang mungkin kami perlukan untuk sesuatu projek dengan cepat. Dropbox menyimpan semua fail Sketch, fail reka bentuk yang lebih berat dan aset penjenamaan kami,” kongsi Jon.
Tidak kira lokasi kerja ahli pasukan, ahli Sleepless Media dapat bekerja secara fleksibel dan membuat perubahan pada fail kreatif dalam Dropbox. Dalam industri yang penambahbaikan kreatif sentiasa berlaku, Jon dan pasukannya mengekalkan fail yang terkini secara selamat dengan penyimpanan awan Dropbox. Dengan bergantung pada Dropbox dan DocSend, Sleepless Media terus mendapatkan perjanjian kerjasama dan menyediakan reka bentuk web yang inovatif untuk senarai klien yang semakin bertambah.
“eTandatangan DocSend memudahkan rundingan dan proses urus niaga untuk kami dan juga klien kami. Saya dapat menambah medan yang diperlukan dan menghantar perjanjian yang penting yang membolehkan kami membina hubungan jangka panjang dengan klien kami.”
Jon CattiveraKetua Pegawai Eksekutif dan Pengarah Kreatif, Sleepless Media