Space Machines Company menjimatkan kos overhed berkenaan kerja yang penting untuk misi
Space Machines Company perlu bekerjasama dan berkongsi fail dengan rakan niaga dan pihak kerajaan untuk mencapai misi kosmosnya: menjadikan angkasa mapan. Dropbox telah tampil sebagai satu-satunya penyelesaian yang menawarkan kesederhanaan, keselamatan dan tandatangan bersepadu.
70%
Lebih mudah
Melaksanakan dokumen dengan Dropbox Sign
1
Orang
Untuk menyelenggara Dropbox
3
Pejabat
Bekerjasama dengan lancar dan selamat
Produk yang digunakan
Dropbox, Dropbox Sign
Industri
Teknologi
Saiz
2-249
Lokasi
Adelaide, Australia
“Dropbox Sign telah mengurangkan usaha kami untuk melaksanakan dokumen sebanyak 70%. Hal ini telah memberi kami masa untuk menjalankan tugas yang boleh mengembangkan perniagaan kami.”
Latar belakang
Seperti kereta, satelit juga perlu menjalani penyelenggaraan untuk kekal berfungsi di angkasa. Di angkasa, satelit-satelit tersebut boleh diselenggarakan oleh Space Machines Company. Syarkat ini ditubuhkan di Australia pada tahun 2019 dan sedang membina armada kenderaan penyelenggaraan yang boleh membaiki satelit mengorbit. Apakah manteranya? Menjadikan angkasa lebih mapan dengan melanjutkan hayat infrastruktur cakerawala kita.
Cabaran: Penyelesaian simpanan yang ringkas dan selamat
Space Machines Company bertukar data dan kandungan antara tiga pejabat di dua negara. Syarikat ini juga bekerjasama dengan rakan niaga daripada rangkaian global. Pada masa lalu, syarikat ini telah bergelut dengan folder kongsian yang tidak teratur, fail pendua dan kawalan akses yang mengelirukan. Syarikat ini memerlukan penyelesaian simpanan berpusat untuk memudahkan kerjasama.
Keselamatan dan integriti data merupakan salah satu kebimbangan terbesar. Pengehosan data dalam pusat data Australia adalah penting agar peraturan tempatan dipatuhi. “Kami berurusan dengan pelanggan yang sensitif. Jadi, keselamatan dan integriti data adalah penting,” kata Sharmila Fernando, Ketua Pemasaran di Spaces Machines Company.
Space Machines Company juga memerlukan penyelesaian yang mesra pengguna dan menawarkan masa hidup yang tinggi, kelajuan muat naik yang pantas dan keupayaan untuk mengawal hierarki fail secara berpusat. “Jurutera kami mengendalikan fail yang besar untuk reka bentuk dan berkongsi fail tersebut merentasi pejabat global di India dan Australia. Keupayaan untuk mengakses fail tersebut dengan secepat mungkin adalah penting untuk membolehkan kami terus bekerja dengan lancar,” kata Fernando.
Akhir sekali, pasukan operasi perniagaan di Space Machines Company sedang mencari penyelesaian dengan keupayaan tandatangan terbina dalam. “Sebelum ini, kami akan menghantar PDF melalui e-mel secara berulang-alik untuk ditandatangani oleh orang ramai. Tandatangan sering dikembalikan dalam format yang salah dan melakukan semula seluruh proses tersebut amat menyusahkan,” kata Ben Spoor, Ketua Kakitangan dan Operasi Perniagaan di Spaces Machines Company. “Semasa mencari penyelesaian, Dropbox merupakan satu-satunya penyelesaian yang memenuhi semua keperluan kami.”
“Ekonomi angkasa lepas sedang berkembang pada kadar yang mendadak. Kami tidak dapat menyesuaikan diri tanpa sistem dan alat yang pintar dan berkesan. Dengan integriti data, masa hidup yang tinggi, kadar penyelenggaraan yang kurang dan antara muka yang intuitif, Dropbox akan membantu kami menjimatkan masa, meningkatkan produktiviti dan bekerjasama dengan rakan niaga lain.”
Sharmila FernandoKetua Pemasaran di Space Machines CompanyPenyelesaian: Hierarki fail yang jelas dan hak akses yang telah ditetapkan terlebih dahulu
Perkara pertama yang perlu dilakukan dalam perniagaan adalah untuk menyediakan seni bina fail dan kawalan akses yang jelas. Kemudian, tiba masanya untuk memindahkan data daripada penyelesaian yang sebelumnya. “Konsol pentadbir Dropbox amat mudah untuk digunakan, jadi pemindahan kami berjalan dengan agak lancar,” kata Spoor. “Pasukan Dropbox telah memastikan bahawa data kami tiba secara selamat, dengan memastikan struktur fail dan hak akses tidak terjejas.”
Seterusnya, pasukan Dropbox mula menggunakan Dropbox Sign untuk melaksanakan dokumen. Mereka akan mengklik kanan sebuah dokumen, meletakkan dokumen tersebut ke dalam aliran kerja tandatangan, menetapkan susunan tandatangan kemudian hantar. Pasukan Dropbox akan menerima pemberitahuan apabila orang menandatangani dokumen tersebut dan versi yang dilengkapkan akan disimpan ke dalam folder Dropbox yang asal. "Kami memerlukan alat seperti itu untuk mengoptimumkan masa dan usaha kami, yang menjadi kunci kejayaan syarikat permulaan," kata Fernando.
Akhir sekali, pasukan Dropbox akan menyepadukan Dropbox dengan Microsoft Word dan Google Suite. Dengan ini, kakitangan boleh menghasilkan dokumen Microsoft atau Google dalam Dropbox atau menyimpan pautan luar dalam sistem fail dalaman. “Dropbox menawarkan berjuta-juta integrasi yang lain, tetapi keutamaan kami adalah untuk memautkan alat simpanan kami dengan alat pejabat kami,” kata Spoor.
Hasil: Jimat masa, penyelenggaraan mudah dan keselamatan data
Dengan struktur fail yang kemas dan ringkas, soalan-soalan berkenaan lokasi untuk mencari atau menyimpan maklumat daripada pekerja semakin berkurangan. Sebahagian pekerja suka mengisi aset dalam folder, pekerja yang lain pula lebih menyukai fungsi carian Dropbox untuk mencari maklumat.
Selepas menetapkan hak akses dengan sewajarnya, semua orang boleh melakukan kerja mereka dengan mudah. Ahli pasukan baru akan ditugaskan kepada kumpulan yang dipratetap dengan semua hak akses yang diperlukan, yang memudahkan suai tugas pekerja.
Hasilnya, Space Machines Company dapat menjimatkan lebih banyak masa dan meningkatkan produktiviti.
Persekitaran simpanan baru mereka yang lebih produktif juga lebih mudah untuk diselenggarakan. “Untuk syarikat permulaan yang sentiasa risau tentang untung bersih syarikat, Dropbox dapat memenuhi permintaan anda. Kami tidak mempunyai belanjawan untuk mengupah ramai pekerja bagi menyelenggara penyelesaian pengurusan dokumen. Hanya seorang sudah memadai untuk menyediakan segala-galanya dan memastikan penyelesaian tersebut berjalan lancar, jadi kami dapat menjimatkan kos overhed," kata Fernando. Hal ini bermakna bahawa syarikat juga tidak perlu melabur dalam sesi latihan—beberapa halaman Wiki sudah mencukupi untuk membolehkan seluruh pasukan menyesuaikan diri.
Satu lagi manfaat besar ialah jejak audit yang jelas untuk setiap dokumen. Log ini amat penting, khususnya semasa beberapa pihak berkepentingan dari luar bekerjasama dalam folder kongsian. Makluman automatik juga akan menyatakan sekiranya sesiapa mengalihkan data di sekitar tanpa sengaja, untuk menjamin integriti data. “Dropbox memberi saya pengawasan berpusat dengan usaha yang minimum,” kata Spoor.
Rakan niaga Space Machines Company, khususnya agensi kerajaan juga perlu memastikan bahawa data mereka adalah selamat. Penempatan data memainkan peranan yang penting di sini. Menurut undang-undang Australia, syarikat tersebut akan mengurangkan risiko akses yang tidak dibenarkan. "Untuk projek yang amat sensitif, Klien tertentu akan memilih untuk menjalankan kerja dalam Dropbox atas faktor keselamatan dan penempatan datanya," kata Fernando.
Dropbox sudah diuji semasa pelancaran Kenderaan Penyelenggaraan Orbit, Optimus. Space Machines Company menggunakan Dropbox untuk berkongsi fail dan menyediakan kebenaran untuk pelbagai pihak berkepentingan. Langkah yang seterusnya ialah misi Space MAITRI. Syarikat ini akan bekerjasama dengan Agensi Angkasa Lepas India untuk melancarkan sebuah lagi kenderaan pada roket India yang akan melibatkan banyak percubaan sebelum mengesahkan kapal angkasa lepas tersebut. Mengurus dan menukar data percubaan secara berkesan antara pasukan di Australia dan India akan menjadi sangat penting. “Kami telah menempa kejayaan dengan Dropbox, jadi saya pasti bahawa segala-galanya akan berjalan lancar. Saya tidak risau,” kata Spoor.
Dengan beratus-ratus satelit baharu dilancarkan ke angkasa, objek akan berlanggar; dan serpihan akan terkumpul. Space Machines Company sedang berusaha gigih untuk menjamin kemapanan angkasa. Dengan penyelesaian simpanan yang selamat dan intuitif, syarikat ini bersedia untuk membangun dan menghadapi cabaran.