Cetakan menonjol dengan kesan yang besar
Jenama fesyen Ghana-Australia, YEVU, menyatukan barangan dengan misi sosial yang berbaloi. Lihat cara pasukan yang diterajui wanita beralih daripada fabrik kepada produk siap dengan bantuan Dropbox.
“ Oleh sebab banyak urusan dijalankan dari jauh antara Ghana dengan Australia, kami bersyukur dapat memiliki alat kerjasama ini supaya kami tahu orang yang mengemas kini rekaan. Jadi alat ini merupakan satu manfaat yang besar kepada perniagaan kami.”
Produk yang digunakan
Dropbox
Industri
Pembuatan
Saiz
2-249
Lokasi
Ghana
Cabaran: Memperkasakan wanita merentas benua
Semasa bekerja dalam sektor bantuan dan pembangunan di Ghana, pengasas pakaian YEVU, Anna Robertson mendapati dua perkara. Perkara pertama adalah bahawa wanita mendominasi sektor tidak formal negara itu, yang membentuk sehingga 70 peratus pekerja dalam industri yang lazimnya disifatkan sebagai pekerjaan yang tidak selamat dan tidak menentu dengan gaji yang rendah. Dia juga menemukan set kemahiran tempatan untuk menghasilkan pakaian tempahan yang tiada tandingan.
Dengan niat ingin mencari jalan untuk memanfaatkan kemahiran tersebut dan menawarkan pekerjaan sepenuh masa yang mampan dan dapat memberikan gaji sara hidup kepada warga wanita, Robertson mengasaskan YEVU—sebuah jenama fesyen yang terkhusus untuk mempamerkan cetakan lilin Afrika Barat yang terang dan menonjol, dan menyokong warga wanita yang menghasilkan cetakan tersebut. Proses pengeluaran dan kempen YEVU diselaraskan melalui Dropbox, iaitu pangkalan utama digital untuk pasukan mereka yang seramai 30 orang yang berada di seluruh Ghana dan rumah Robertson yang terletak di Sydney, Australia.
“Kami banyak menggunakan Dropbox untuk mewujudkan ketelusan dalam kerja pengeluaran kami.”
Kerjasama dan penyusunan fail merapatkan jurang
Proses pengeluaran YEVU bermula di pasaran borong di Accra, Ghana, iaitu tempat ketua perolehan mereka mengambil foto cetakan dengan telefon bimbit, dan berkongsi imej tersebut dalam folder Dropbox dengan pasukan pengurusan. “Kami berkomunikasi sepenuhnya dengan pasukan kami di Ghana melalui telefon mudah alih kami. Cara ini lebih mudah untuk terus berhubung apabila orang berada di pasar dan di bengkel,” kata Robertson. Sebaik sahaja mereka membuat pilihan cetakan, pesanan dibuat dengan vendor, cetakan dihasilkan, dan fabrik dihantar kepada pasukan wanita yang mengendalikan bengkel YEVU di Ghana.
Corak pakaian digital, yang dibuat dan direka bentuk di Sydney, dihantar kepada pasukan di Ghana melalui satu lagi folder Dropbox. Corak dicetak mengikut skala perindustrian dan pengeluaran bermula. “Kemudian, sistem akan berjalan selama enam hingga lapan minggu seterusnya,” kata Robertson.
Setelah pakaian dibuat, pasukan di Ghana melancarkan kempen e-dagang. “Melaksanakan kempen kami di sana membolehkan kami mempamerkan pakaian tersebut dalam konteks Afrika Barat dengan hala tuju seni yang menakjubkan,” kata Robertson. Sama seperti proses pengeluaran, foto kempen dikongsi oleh jurugambar dengan folder Dropbox dan diluluskan oleh pasukan di Sydney sebelum disiarkan secara langsung.
YEVU kini menghasilkan hampir 9,000 pakaian setahun, dengan pangkalan peminat yang besar di Sydney dan Ghana. “Australia dan Ghana berkongsi suasana yang positif dan cerah. Persamaan ini, pada pendapat saya, membuatkan saya percaya bahawa cetakan dan tekstil Ghana akan diterima dengan baik di Australia,” kata Robertson. Ternyata betul katanya: “Pada hari pertama kedai sementara dibuka di Sydney, ramai orang sudah beratur di luar pintu. Semua orang menyukai ceritanya. Semua orang menyukai warnanya. Pakaiannya berbeza dan juga menarik dari sudut etika.”