Langkau ke kandungan utama

Cara paling mudah untuk memastikan semua orang kekal teratur

Pusatkan dan lindungi semua fail keluarga anda dan kongsi 2,000 GB penyimpanan awan yang disulitkan. Setiap orang akan mendapat akaun mereka sendiri untuk menyimpan foto dan dokumen, serta satu ruang kongsian untuk seluruh keluarga.

Dua ahli keluarga melihat fail pada komputer riba

Satu tempat untuk semua orang dengan ruang untuk menyimpan segala-galanya

Semua maklumat keluarga anda, semuanya di satu tempat

Dengan pelan Family kami, seramai enam ahli boleh berkongsi penyimpanan sebanyak 2 TB dalam satu akaun Dropbox. Dengan Dropbox Family, anda dan keluarga anda boleh mengatur serta berkongsi fail anda dengan selamat--semuanya dalam satu bil.

Kongsi foto, dokumen keluarga dan banyak lagi

Berkongsi dengan orang tersayang tidak pernah semudah ini. Semua ahli pelan boleh menggunakan Folder Family untuk meletakkan kandungan kongsian seperti foto, video dan dokumen penting sambil mengekalkan akaun peribadi mereka sendiri.

Bertenang—semua maklumat anda selamat

Simpan kandungan keluarga anda dengan selamat dengan teknologi penyulitan terkini dan ciri-ciri keselamatan yang kukuh. Dropbox telah melindungi data selama lebih satu dekad—ini adalah keutamaan kami.

Uruskan perkara yang paling penting

Biar kami bantu dalam memastikan kehidupan digital keluarga anda teratur. Simpan Dokumen Google, video, PDF dan banyak lagi-- semuanya dalam satu tempat

Pelbagai fail disimpan dalam penyimpanan awan

Pastikan keluarga anda terhubung

Dengan Folder Family, semua orang boleh mengakses kandungan kongsian seperti foto dan video, hamparan perancangan percutian atau perkahwinan, dan kenalan kecemasan apabila anda sangat memerlukannya.

Imej keluarga di hadapan komputer

Segala-galanya di hujung jari anda—pada sebarang peranti

Anda dan keluarga anda boleh mendaftar masuk dari mana sahaja dan dari sebarang peranti: Windows, Mac, iOS, dan Android. Sama anda berada di rumah atau dalam perjalanan, kandungan peribadi dan keluarga akan sentiasa ada di hujung jari.

Imej senarai family dalam folder kongsi keluarga