Penyimpanan awan merupakan simpanan luar tapak yang diselenggara oleh pihak ketiga dan alternatif untuk menyimpan data di premis. Penyimpanan awan menyimpan fail dan dokumen penting anda ke pangkalan data yang jauh dengan selamat dan sulit agar anda tidak perlu menyimpan pada pemacu keras komputer anda atau peranti simpanan yang lain.
Penyimpanan awan mempunyai banyak kelebihan berbanding simpanan pemacu keras. Pertama, anda tidak perlu memiliki peranti simpanan misalnya seperti pemacu kilat jadi anda tidak berisiko kehilangan kandungan yang tidak boleh digantikan. Kedua, penyimpanan awan memudahkan anda berkongsi kandungan. Kongsi sahaja folder Dropbox dengan rakan sekerja dan mereka boleh mengakses kandungan di dalamnya dengan serta-merta.
Sebab lain yang bagus untuk menggunakan penyimpanan awan ialah penjimatan kos. Ia jauh lebih berpatutan—dan pintar—untuk membeli ruang penyimpanan awan sebanyak yang anda perlukan dengan bayaran nominal berbanding membeli dan menyelenggara banyak ruang simpanan cakera keras.