Backup mana-mana fail—di mana sahaja, bila-bila masa
Sama ada anda cuba menyandarkan koleksi imej, video yang besar, fail CAD atau keseluruhan folder, anda boleh menyimpan semua fail penting anda dengan selamat dalam akaun Dropbox anda. Dengan akses ke fail Dropbox daripada mana-mana peranti, sistem operasi atau pelantar, anda boleh bekerja dan bekerjasama dalam projek dengan mudah. Tiada sambungan Internet? Tiada masalah.
Dengan Dropbox, anda boleh mengerjakan fail ketika berada di luar talian, daripada komputer desktop anda, Android, iPhone, atau iPad. Sebaik sahaja anda kembali dalam talian, fail dan folder anda akan secara automatik diselaraskan dengan sebarang suntingan yang anda buat ketika anda tidak bersambung.