Langkau ke kandungan utama

Isi butiran kad secara automatik

Simpan dan isi butiran kad kredit secara automatik untuk membuat pembayaran sepantas kilat

Jimatkan masa anda daripada kesulitan mencari dompet anda dan memasukkan butiran kad secara manual setiap kali anda membuat pembelian dalam talian.

Simpan butiran kad kredit dan debit dengan selamat menggunakan Dropbox Passwords, kemudian isikan secara automatik semasa membuat pembayaran.

Ilustrasi seseorang memeriksa telefonnya dan kelihatan tenang semasa berada di rumah.
Simpan butiran kad
Simpan butiran kad kredit dalam beberapa saat

Rakam butiran kad kredit dan debit secara automatik selepas digunakan, dengan sambungan pelayar web Dropbox Passwords.

Apabila anda membuat pembayaran dalam talian, Dropbox Passwords akan menggesa anda untuk mengesahkan sama ada anda mahu menyimpan butiran pembayaran yang digunakan atau tidak.

Anda sentiasa mengawal sama ada butiran akan disimpan atau tidak, jadi hanya kad yang anda mahu diisikan secara automatik akan disimpan dalam akaun Passwords anda dengan selamat.

Ilustrasi seseorang duduk di hadapan komputer, dengan tanda semak dipaparkan pada skrin.
Isi butiran kad secara automatik
Jimatkan masa dan isi butiran kad secara automatik semasa membuat pembayaran

Dropbox Passwords akan menawarkan untuk mengisikan butiran kad kredit yang disimpan secara automatik apabila anda sampai ke skrin pembayaran.

Perlu menjejaki pelbagai kaedah pembayaran? Pilih antara butiran kad yang anda telah simpan untuk segera memasukkan maklumat pembayaran.

Ilustrasi seseorang membuat pembayaran pada peranti mudah alihnya, menggunakan butiran kad kredit yang diisi secara automatik.
Akses butiran kad anda
Simpan sekali, akses dari mana-mana sahaja

Apabila anda menyimpan butiran kad dengan Dropbox Passwords, butiran tersebut boleh diakses dan diisi pada mana-mana peranti secara automatik dengan menggunakan sambungan pelayar Passwords atau apl mudah alih.

Apabila kad anda tamat tempoh dan tiba masa untuk dikemas kini, butiran terkini akan mudah didapati pada semua peranti yang disambungkan.

Ilustrasi seseorang duduk di atas bumbung sebuah kenderaan, mengagumi pemandangan banjaran gunung.

Cara Dropbox Passwords membuat pembayaran dalam talian menjadi ringkas

Ikon yang mewakili cap jari.

Butiran pembayaran berada di hujung jari anda

Butiran kad anda boleh diakses dengan mudah, jadi anda tidak perlu pergi mencari dompet anda ketika membeli-belah secara dalam talian.

Ikon yang mewakili panahan petir.

Butiran kad ada di mana-mana sahaja anda berada, pada semua peranti anda

Tidak kira sama ada anda melihat pada komputer riba atau telefon mudah alih anda, butiran CC anda tersedia untuk anda apabila diperlukan.

Ikon yang mewakili perisai.

Mengetahui bahawa akaun anda selamat

Simpan butiran kad anda dalam Dropbox Passwords, bukan menyimpan butiran dalam buku nota atau nota pada peranti anda.

Soalan lazim

Apabila anda menyimpan butiran kad menggunakan pengurus butiran pembayaran selamat, seperti Dropbox Passwords, butiran kad boleh diisi secara automatik semasa membuat pembayaran.

Isi secara automatik ialah proses mengisi butiran kad yang disimpan ini secara automatik. Ciri ini memberikan manfaat kerana dapat mengelakkan pengguna daripada menyalin dan menampal butiran kad mereka sendiri secara manual.

Dengan syarat anda menggunakan pengurus maklumat pembayaran yang selamat dan boleh dipercayai—seperti Dropbox Passwords—menyimpan dan mengisi butiran kad secara automatik adalah selamat dan mudah.

Dropbox amat memandang serius tentang keselamatan akaun, dengan pelbagai ciri yang membantu untuk memastikan akaun anda dan data yang disimpan selamat.

Ketahui lagi tentang cara Dropbox memastikan akaun dan data anda selamat.

Lihat lebih banyak ciri

Senarai tugasan dicipta dalam Dropbox.

Usahasama kandungan

Mudah bekerjasama, menyunting dan berkongsi kandungan dengan ahli pasukan

Fail imej gajah berwarna hijau.

Hantar fail besar

Cara menghantar sebarang jenis fail besar kepada sesiapa sahaja tanpa risau

Imej sedang disandarkan kepada awan.

Sandaran foto

Menyandarkan foto anda secara automatik ke awan dari mana-mana peranti

Pengguna menogol kebenaran fail.

Keizinan fail

Urus keizinan fail untuk meningkatkan keselamatan