Lonely Planet
Untuk merangkumi 350,000 destinasi, pasukan penulis dan editor global Lonely Planet menggunakan Dropbox Paper untuk menyelaraskan tanggungjawab dan berkongsi idea.
Kevin Raub benci menaiki kapal terbang.
Ini tidak sesuai, memandangkan Raub adalah salah seorang daripada penulis lapangan jenama pelancongan Lonely Planet. Tetapi sebarang ketakutan terhadap langit tidak menghalangnya daripada melawat 90 negara sepanjang kerjayanya. “Bahagian kegemaran saya dalam pelancongan adalah meletakkan beg saya dan mengambil langkah pertama itu ke dunia baru, dan segala-galanya benar-benar asing bagi saya,” katanya. “Saya suka bahagian pendaratan dalam penerbangan.”
Lonely Planet berterima kasih kepada pengembara seluruh dunia seperti Raub. Untuk merangkumi 350,000 destinasi, ia memerlukan beratus-ratus penulis bekerja dengan pasukan kandungan tersebar di seluruh pejabat antarabangsa syarikat itu. Mereka bersama-sama membentuk pasukan kerjasama jarak jauh terhebat.
“Kami adalah perniagaan yang mengutamakan kandungan. Kami tidak akan dapat melaksanakan misi kami tanpa model kerja kami kerana perkara yang kami lakukan untuk hidup adalah merangkumi dunia. Dropbox adalah pendaya untuk itu.”
—Daniel Houghton, CEO, Lonely Planet
Kami melawat Raub semasa perjalanan penyelidikannya di Lisbon dan pasukan di Nashville untuk mengetahui cara mereka menggunakan Dropbox. Inilah perkara yang kami pelajari:
Mendigitalkan francais ikonik dengan Dropbox Untuk Perniagaan
Lonely Planet adalah tradisional dan inovatif. Diasaskan pada tahun 1973 dengan buku panduan tanda dagangannya, syarikat itu pada tahun 2018 memperoleh tempat dalam senarai “Syarikat Paling Inovatif di Dunia” Fast Company. Walaupun buku jenama itu kekal popular, semakin ramai pembaca menggunakan kandungan pada pelantar digitalnya.
Apabila jumlah pembaca mereka telah berkembang, begitu juga Lonely Planet. Mereka telah menggunakan teknologi baru sebagai sebahagian daripada transformasi digital mereka.
Merealisasikan matlamat dengan Dropbox Paper
Sudah menjadi pelanggan Dropbox Untuk Perniagaan sejak tahun 2014, Lonely Planet telah mula menggunakan Dropbox Paper. Bailey Freeman, Editor Destinasi, mengumpulkan semua penyelidikan lapangan, foto dan draf, dan menyediakannya untuk dicetak merentas pelbagai pelantar Lonely Planet. Paper telah menjadi alat penting untuk kerja Freeman merentasi penciptaan kandungan dan penyelarasan projek.
“Paper sesuai digunakan untuk membayangkan hasil artikel muktamad,” kata Freeman. Anda boleh menghantar senarai tugasan, selitkan pelbagai jenis kandungan multimedia dan tinggalkan komen untuk berinteraksi dengan rakan sekerja anda.”
—Bailey Freeman, Editor Destinasi, Lonely Planet
Ia membolehkan pasukan memberi tumpuan untuk berkongsi pengalaman perjalanan yang unik dengan pembaca mereka.
“Kerjasama masa nyata yang kami miliki dalam pasukan kami walaupun berada di lokasi yang berbeza—begitulah cara kami menghasilkan artikel tidak seperti yang lain di luar sana, yang sebenarnya boleh memberi inspirasi kepada orang ramai untuk melawat tempat baru,” kata Freeman.