Terjemahan ini disediakan untuk kemudahan sahaja, dan versi bahasa Inggeris akan digunakan jika berlaku sebarang percanggahan.
Dasar Penggunaan Dropbox Yang Boleh Diterima
Dropbox digunakan oleh jutaan orang, dan kami berbangga dengan kepercayaan yang diberikan kepada kami. Sebagai balasan, kami percaya anda menggunakan perkhidmatan kami dengan penuh tanggungjawab.
Anda bersetuju untuk tidak menyalahgunakan perkhidmatan Dropbox ("Perkhidmatan") atau membantu orang lain untuk berbuat demikian. Sebagai contoh, anda tidak boleh cuba melakukan mana-mana yang berikut berhubung dengan Perkhidmatan:
- menyiasat, mengimbas atau menguji kerentanan mana-mana sistem atau rangkaian, melainkan ia dilakukan dengan mematuhi Program Bug Bounty kami;
- pelanggaran atau sebaliknya memintasi sebarang langkah keselamatan atau pengesahan;
- mengakses, mengusik, atau menggunakan kawasan atau bahagian Perkhidmatan yang bukan untuk umum, atau kawasan Perkhidmatan kongsian yang anda tidak diundang;
- mengganggu atau mengendalakan sebarang pengguna, hos, atau rangkaian, sebagai contoh dengan menghantar virus, pemuatan yang berlebihan, pembanjiran, penspaman, atau pengeboman mel pada mana-mana bahagian Perkhidmatan;
- mengakses, mencari, atau mencipta akaun untuk Perkhidmatan dengan sebarang cara lain daripada antara muka kami yang disokong secara awam (contohnya, "mengikis" atau mencipta akaun secara pukal);
- menghantar komunikasi yang tidak diminta, promosi atau iklan, atau spam;
- menghantar maklumat yang diubah, memperdaya atau kenal pasti bersumber palsu, termasuk "spoofing" atau "phishing";
- menggalakkan atau mengiklankan produk atau perkhidmatan selain milik anda sendiri tanpa pengesahan yang sewajarnya;
- menyalahgunakan rujukan atau promosi untuk mendapat lebih banyak ruang storan daripada yang berhak diterima atau menjual ruang storan yang diterima daripada rujukan atau promosi;
- memintas had ruang simpanan;
- menjual Perkhidmatan melainkan dibenarkan secara khusus untuk berbuat demikian, atau membeli Perkhidmatan daripada penjual yang tidak dibenarkan;
- menerbitkan, berkongsi, atau menyimpan bahan yang merupakan bahan eksploitasi seksual kanak-kanak (termasuk bahan yang mungkin bukan merupakan bahan penderaan seksual kanak-kanak tetapi yang secara eksplisit, mengeksploitasi atau mempromosikan eksploitasi seksual kanak-kanak bawah umur), pornografi yang menyalahi undang-undang, atau dengan cara lain, tidak senonoh;
- menerbitkan, berkongsi, atau menyimpan kandungan yang mengandungi atau mempromosikan tindakan keganasan atau aktiviti pengganas yang melampau, termasuk keganasan atau propaganda pelampau yang ganas;
- menyaran ketaksuban, kebencian, atau hasutan keganasan terhadap mana-mana orang atau kumpulan orang berdasarkan bangsa, agama, etnik, negara asal, jantina, identiti jantina, kecenderungan seksual, kehilangan upaya, kecacatan, atau apa-apa ciri lain yang dikaitkan dengan diskriminasi atau peminggiran sistemik;
- menganiayai atau menyalahgunakan kakitangan atau wakil atau ejen Dropbox yang sedang melaksanakan perkhidmatan bagi pihak Dropbox;
- melanggar undang-undang dengan apa-apa cara, termasuk menyimpan, menerbitkan atau berkongsi bahan palsu, fitnah, atau mengelirukan, atau yang melanggar hak harta intelektual orang lain;
- menceroboh privasi atau melanggar hak orang lain, termasuk menerbitkan, berkongsi, atau menyimpan maklumat sulit atau pengenalan orang lain tanpa kebenaran yang bertujuan mengganggu, mendedahkan, memudaratkan atau mengeksploitasi mereka;
- gunakan Perkhidmatan untuk membuat sandaran, atau sebagai infrastruktur untuk perkhidmatan awan anda sendiri;
- menggunakan ruang simpanan yang disediakan oleh Perkhidmatan sebagai asas untuk bukti ruang atau bukti penyimpanan kriptografi, atau apa-apa sistem bukti yang serupa.
- terlibat dalam apa-apa jenis penipuan pembayaran, termasuk penggunaan kad kredit atau kaedah pembayaran lain yang tidak dibenarkan, caj balik yang tidak sah, atau apa-apa kaedah lain untuk mendapatkan Perkhidmatan tanpa pembayaran yang diperlukan.
Kami berhak untuk mengambil tindakan sewajarnya sebagai tindak balas terhadap pelanggaran dasar ini, yang mungkin termasuk tindakan menghapuskan atau melumpuhkan akses pada kandungan, menggantungkan akses pengguna pada Perkhidmatan, atau menamatkan akaun.